Sunday 13 November 2011

David Copperfield Dalam Karnival Matematik Siri 2 Tahun 2011

  Karnival Matematik Siri 2 bagi tahun 2011 diadakan khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3. Karnival telah berlangsung pada 20.10.2011. Program ini merupakan salah satu Program Lepas PMR. Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR.

Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
1. Bingo koordinat
    Permainan bingo ini berkonsepkan koordinat. Peserta menjalankan aktiviti dalam lembaran yang dicetak dengan grid sistem koordinat Cartesian.
2. Menyeberang sungai
    Permainan ini melibatkan dadu, papan permainan yang mempunyai gambar jambatan dan biji-biji pergerakan. Permainan ini berkonsepkan kebarangkalian.
3. Strategi penolakan
    Peserta perlu mencari penyelesaian yang melibatkan operasi tolak. 10 nombor disusun dalam jadual segi empat . Kumpulan yang berjaya mencari penyelesaian dalam masa terpendek akan memenangi permainan.
4. Membaca minda
    Permainan ini berkonsepkan operasi campur. Kad-kad nombor digunakan. Permainan ini dijalankan secara berpasangan. Pihak lawan perlu membaca minda pihak yang satu lagi untuk mengetahui nombor kegemaran lawannya.

Selain daripada menjalankan aktiviti di atas, peserta-peserta juga berpeluang berinteraksi dengan pakar magik terkenal iaitu David Copperfield Sila layari laman you tube yang berikut jika anda berani mencabar  David Copperfield.