Saturday 17 March 2012

Tuisyen BINTANG dan tuisyen pengurusan


Tuisyen BINTANG tahun 2012 yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah bermula pada 10 Mac 2012. Tuisyen BINTANG diadakan pada setiap hari Sabtu. Sebanyak 4 subjek terlibat setiap kali tuisyen ini diadakan. Tuisyen kali pertama untuk Matematik telah diadakan pada 10.3.2012.

Tujuan tuisyen matematik ialah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terhadap isi kandungan matematik yang diberi tumpuan dalam peperiksaan PMR. Sesi perbincangan dan pengajaran akan diadakan dan diikuti dengan latihan-latihan berbentuk objektif dan subjektif supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksan PMR tahun-tahun lepas. Diharapkan semua pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk sama-sama belajar menghadapi peperiksaan PMR yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Tuisyen pengurusan diadakan pada setiap cuti sekolah. Tuisyen disampaikan oleh pihak pengurusan, termasuklah ketua-ketua bidang. Tuisyen pengurusan bagi subjek matematik dalam cuti bulan Mac yang baru lepas telah diadakan pada 15.3.2012 (Khamis). Sesi pertama pada hari berkenaan dikhaskan untuk pelajar 3UM dan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Sesi kedua berlangsung dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dikhaskan untuk pelajar-pelajar 3UKM dan 3USM.

Syabas kepada pelajar-pelajar yang menghadiri kelas-kelas berkenaan. Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir, silalah buat perancangan supaya dapat hadir semua kelas yang bakal diadakan.

Wednesday 7 March 2012

SMART MULTIPLICATION 2012

Program SMART MULTIPLICATION 2012 telah dilancarkan pada 15.2.2012 oleh Pengetua SMK Senawang 3. Majlis pelancaran telah diadakan di Dewan Seri Delima SMK Senawang. Tuan pengetua telah mengingatkan kepada tentang penting kemahiran sifir. Menurut beliau, sifir merupakan tunjang kepada pembelajaran matematik.

Pelajar telah menyertai sesi kuiz spontan berkenaan dengan sifir dengan menjawab soalan-soalan berkaitan dengan harga diskaun. Ramai pelajar telah menunjukkan minat dan kebolehan menggunakan sifir. Aktiviti pada hari tersebut disusuli dengan Sukaneka Sifir secara berkumpulan dan secara individu. Sambutan sungguh menggalakkan. Sukaneka berlangsung dalam keadaan penuh meriah.

Sila layari laman utama blog SMK Senawang 3 berikut untuk melihat gambar-gambar dan video menarik. http://smksenawang3.blogspot.com/

Ujian Bulanan 1 dan Gerak Gempur 1

Ujian Bulanan 1 berlangsung pada 5.3.2012, 6.3.2012 dan 7.3.2012. Semua subjek terlibat, termasuklah matematik. Untuk permulaan, ujian ini hanya melibatkan bab 1, 2 dan 3 untuk matematik Tingkatan 3.

Gerak gempur 1 ialah program khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan akan berlangsung dari 7.3.2012 hingga 9.3.2012. Untuk matematik, gerak gempur 1 hanya melibatkan topik-topik matematik Tingkatan 1.

Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar berikut kerana berjaya memperolehi gred A dalam Ujian Bulanan 1:

AIMAN AMINUDDIN B MOHD EHSAN
FARINA SHAFIEKA BT HALIM
FATIN ATHIRA BT SAIFUL KHALID
HAFIQ AIDIL B ZULKIFLEE
MELISA BT JENAL@ZAINAL
MOHD NAZRI B ABD RAZAK
MUHAMAD AKMAL BIN HAMZAH
MUHAMMAD ASRI B KAMARULARIFIN
MUHAMMAD HAKIMI B BADARUL HISHAM
NUR KHAIRUNNISA BT KARIM
NUR SHAZWANA BT PELAWANG
NURHANISAH BT MOHD ADHA THANGARAJAH
NURUL ASYIQIN BT MOHD SAHAID
NURUL FATIHAH BT MOHD SHUHAIMI
SHAH NUR SYUKRIAH BT NORZAINI
SUGIFIRDANIS BINTI MOHD FIRDAUS
KIRUBAHARI A/P SUNMUGA SUNTHARAM