Sunday 25 August 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 

       Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan tidak lagi mengadakan Peperiksaan Percubaan PMR bersama mulai tahun 2013. Setiap sekolah akan menentukan tarikh pepeperiksaan percubaan yang sendiri dan menggunakan soalan yang disediakan oleh guru sekolah masing-masing. 

       Murid-murid Tingkatan 3 SMK Senawang 3 menduduki peperiksaan percubaan PMR dari 21.8.2013 hingga 27.8.2013. Oleh kerana sekolah ini hanya mempunyai sesi petang, maka peperiksaan percubaan PMR juga diadakan di sebelah petang. 

       Format kertas peperiksaan percubaan matematik adalah seperti peperiksaan PMR. Kertas 1 adalah terdiri daripada 40 soalan beraneka pilihan dan kertas 2 menawarkan 20 soalan berbentuk subjektif. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah Kertas 1 menyumbangkan 40% daripada jumlah markah keseluruhan manakala selebihnya adalah dari Kertas 2. Ini bermakna setiap soalan dalam kertas 1 membekalkan SATU markah jika dijawab dengan betul. Soalan-soalan dalam kertas 2 menawarkan 2 hingga 5 markah jika dijawab dengan betul.

 

 


       Murid-murid akan mengetahui kelemahan masing-masing selepas mendapat kembali skrip jawapan yang telah disemak oleh guru. Jangan putus asa jika melakukan kesilapan semasa menjawab soalan-soalan. Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar yang akan bermula pada 2.10.2013.   

Thursday 8 August 2013

SARINGAN TIMSS DAN PISA (STP) 

Saringan TIMSS dan PISA telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 30.7.2013 (Selasa). TIMSS ialah sengkatan untuk Trends in International Mathematics and Science Study dan PISA ialah sengkatan untuk Programme for International Student Assessment. 

Murid-murid Tingkatan 1 dari SMK Senawang 3 telah menduduki saringan TIMSS dalam matematik dan sains manakala murid-murid Tingkatan 2 telah menduduki saringan PISA dalam sains dan matematik.

LINGKARAN GEOMETRI (GEOMETRIC WHIRLS)

Lingkaran geometri ialah satu rajah yang terbentuk apabila satu siri poligon (setiap satunya mempunyai bilangan sisi yang sama) ditindih-tindihkan. Setiap poligon mestilah lebih kecil daripada poligon sebelumnya dan diputarkan mengikut kadar putaran yang sama.

Template di bawah mempunyai 36 cabang. Apakah sudut antara dua cabang? Ia boleh digunakan untuk menghasilkan poligon 3, 4, 6, 8 dan 12 sisi kerana 36 boleh dibahagi oleh nombor-nombor tersebut.


Sebagai contoh, anda boleh membina segitiga dengan menyambungkan tiga yang sama jarak, iaitu selang 11 titik di antara 3 titik yang digunakan.


Berikut ialah template untuk segiempat sama dan cara membina lingkaran yang bekaitan. 

Berikut ialah hasil kerja peserta dalam Karnival Sains, Matematik 
 dan ICT tahun 2013.