Pelajar-pelajar menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:
1. Bingo koordinat
Permainan bingo ini berkonsepkan koordinat. Peserta menjalankan aktiviti dalam lembaran yang dicetak dengan grid sistem koordinat Cartesian.
2. Menyeberang sungai
Permainan ini melibatkan dadu, papan permainan yang mempunyai gambar jambatan dan biji-biji pergerakan. Permainan ini berkonsepkan kebarangkalian.
3. Strategi penolakan
Peserta perlu mencari penyelesaian yang melibatkan operasi tolak. 10 nombor disusun dalam jadual segi empat . Kumpulan yang berjaya mencari penyelesaian dalam masa terpendek akan memenangi permainan.
4. Membaca minda
Permainan ini berkonsepkan operasi campur. Kad-kad nombor digunakan. Permainan ini dijalankan secara berpasangan. Pihak lawan perlu membaca minda pihak yang satu lagi untuk mengetahui nombor kegemaran lawannya.
Selain daripada menjalankan aktiviti di atas, peserta-peserta juga berpeluang berinteraksi dengan pakar magik terkenal iaitu David Copperfield Sila layari laman you tube yang berikut jika anda berani mencabar David Copperfield.