Wednesday 26 February 2014

JEJAK ALGEBRA

Seperti dalam nombor berarah, empat operasi (tambah, tolak, darab dan bahagi) turut terlibat semasa mempermudahkan ungkapan algebra. Kaedah yang digunakan untuk menambah atau menolak dua nombor berarah turut digunakan semasa menambah atau menolak dua sebutan algebra SERUPA.

Menambah bermaksud pergerakan ke kanan semasa menggunakan garis nombor manakala menolak bermaksud pergerakan ke kiri pada garis nombor. Menambah atau menolak hanya dilakukan pada sebutan algebra serupa. Semasa mendarab atau membahagi dua sebutan algebra, kita perlu beri perhatian kepada tanda (iaitu positif atu negarif) diikuti dengan menentukan hasil darab pada nombor dan pembolehubah.

Baru-baru ini, kelas-kelas tingkatan 2 di sekolah ini telah menjejalah ungkapan algebra dalam mata pelajaran matematik. Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah Jejak Mempermudahkan Algebra. Pelajar-pelajar perlu mencari jawapan beberapa soalan tugasan berkaitan dengan permudahkan sebutan algebra. Contoh lembaran yang diberikan adalah seperti berikut:
  
Mereka kemudiannya perlu mencari simbol-simbol yang berkaitan dengan jawapan yang mereka perolehi. Simbol-simbol dipaparkan di dewan terbuka.
 Seterusnya, mereka akan merujuk kepada satu lagi paparan untuk memperolehi huruf-huruf yang berkaitan. Huruf-huruf berkaitan akan digunakan untuk membentuk satu perkataan yang terselindung.  

Pelajar-pelajar berlari ke sana dan ke sini di dewan terbuka di samping bertungkus lumus mencari jawapan. Mereka mesti seronok belajar algebra di luar bilik darjah.