Wednesday 4 September 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN  HADIAH KARNIVAL MATEMATIK, SAINS DAN ICT TAHUN 2013

     Majlis penyampaian hadiah telah diadakan dalam perhimpunan rasmi sekolah pada hari Isnin bersamaan 2hb September 2013. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Senawang 3, Tuan Hj Hamidon bin Hj Khalid.

     Sebanyak enam aktiviti telah dipertandingkan dalam karnival berkenaan. Satu hadiah ditawarkan kepada penyertaan terbaik bagi setiap stesen. 

Kumpulan 6 memenangi aktiviti stesen 1 (permainan atas talian).
Nooramy Natasha dari kelas 1UM menerima hadiah bagi  Kumpulan 6
.

 Stesen 2 (melukis lingkaran geometri)telah dimenangi oleh Kumpulan 4Muhammad Zairy dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 4.

Kumpulan 2 memenangi aktiviti stesen 3 (peta rahsia). Janatul Naim b Mohd Noor dari kelas 2UIAM menerima hadiah bagi  Kumpulan 2.

Kumpulan 1 memenangi aktiviti stesen 4 (membina bateri ringkas). Afiq Luqman dari kelas 2UIAM menerima hadiah bagi  Kumpulan 1.

Kumpulan 3 memenangi aktiviti stesen 5 (kuiz sains). Wan Amira Husna bt Hamid dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 3.

Kumpulan 4 memenangi aktiviti stesen 6 (aktiviti ketumpatan). Muhammad Zairy dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 4.
     

Sunday 25 August 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 

       Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan tidak lagi mengadakan Peperiksaan Percubaan PMR bersama mulai tahun 2013. Setiap sekolah akan menentukan tarikh pepeperiksaan percubaan yang sendiri dan menggunakan soalan yang disediakan oleh guru sekolah masing-masing. 

       Murid-murid Tingkatan 3 SMK Senawang 3 menduduki peperiksaan percubaan PMR dari 21.8.2013 hingga 27.8.2013. Oleh kerana sekolah ini hanya mempunyai sesi petang, maka peperiksaan percubaan PMR juga diadakan di sebelah petang. 

       Format kertas peperiksaan percubaan matematik adalah seperti peperiksaan PMR. Kertas 1 adalah terdiri daripada 40 soalan beraneka pilihan dan kertas 2 menawarkan 20 soalan berbentuk subjektif. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah Kertas 1 menyumbangkan 40% daripada jumlah markah keseluruhan manakala selebihnya adalah dari Kertas 2. Ini bermakna setiap soalan dalam kertas 1 membekalkan SATU markah jika dijawab dengan betul. Soalan-soalan dalam kertas 2 menawarkan 2 hingga 5 markah jika dijawab dengan betul.

 

 


       Murid-murid akan mengetahui kelemahan masing-masing selepas mendapat kembali skrip jawapan yang telah disemak oleh guru. Jangan putus asa jika melakukan kesilapan semasa menjawab soalan-soalan. Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar yang akan bermula pada 2.10.2013.   

Thursday 8 August 2013

SARINGAN TIMSS DAN PISA (STP) 

Saringan TIMSS dan PISA telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 30.7.2013 (Selasa). TIMSS ialah sengkatan untuk Trends in International Mathematics and Science Study dan PISA ialah sengkatan untuk Programme for International Student Assessment. 

Murid-murid Tingkatan 1 dari SMK Senawang 3 telah menduduki saringan TIMSS dalam matematik dan sains manakala murid-murid Tingkatan 2 telah menduduki saringan PISA dalam sains dan matematik.

LINGKARAN GEOMETRI (GEOMETRIC WHIRLS)

Lingkaran geometri ialah satu rajah yang terbentuk apabila satu siri poligon (setiap satunya mempunyai bilangan sisi yang sama) ditindih-tindihkan. Setiap poligon mestilah lebih kecil daripada poligon sebelumnya dan diputarkan mengikut kadar putaran yang sama.

Template di bawah mempunyai 36 cabang. Apakah sudut antara dua cabang? Ia boleh digunakan untuk menghasilkan poligon 3, 4, 6, 8 dan 12 sisi kerana 36 boleh dibahagi oleh nombor-nombor tersebut.


Sebagai contoh, anda boleh membina segitiga dengan menyambungkan tiga yang sama jarak, iaitu selang 11 titik di antara 3 titik yang digunakan.


Berikut ialah template untuk segiempat sama dan cara membina lingkaran yang bekaitan. 

Berikut ialah hasil kerja peserta dalam Karnival Sains, Matematik 
 dan ICT tahun 2013. 






Sunday 30 June 2013


KARNIVAL MATEMATIK, SAINS DAN ICT

Panitia Matematik, Sains dan ICT menganjurkan karnival bersama pada 26 Jun 2013. Karnival dijalankan dalam masa kokurikulum hari Rabu dan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Segala aktiviti hari berkenaan terpaksa dijalankan secara indoor kerana keadaan cuaca masih lagi berjerebu.

Enam aktiviti telah disediakan pada hari berkenaan. Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mesti berusaha melengkapkan semua aktiviti yang disediakan. Enam aktiviti dan guru yang bertugas adalah seperti berikut:

Nombor Stesen
Nama Stesen
Guru Bertugas
1
Online game
(permainan online)
1.       Pn Suzana bt Mohd Nasir
2.       Pn Noor Azlina bt Abdullah Hashim
2
Drawing geometric whirls
(Melukis lingkaran geometrik)
1.       En Pok Sim Nam
2.       Tn Hj Amran b Daud
3
Secret map
(peta rahsia)
1.       Pn Parimala A/P P.K. Krishnan Nair
2.       Pn Hjh Zalinah bt Ibrahim
4
Build battery
(Membina bateri)
1.       Pn Nor Baizura bt Nor Azlan
2.       Pn Norazlina bt Ahmad
5
Introduction to science
(Pengenalan Kepada Sains)
1.       Pn Normahizan bt Mohd Shafian
2.       Pn Halimahton bt Mohd Yusof
3.       En Anderson
6
Density activity
(Ketumpatan)
1.       Tn Hj Mohd Amin b Kalam
2.       Pn Nur Saharah bt Salehan
3.       Pn Hjh Azlifah bt Abu Bakar

Dalam stesen 1, peserta-peserta akan menggunakan kemahiran ICT dan matematik untuk melengkapkan tiga tugasan. Keputusan adalah berdasarkan kepada kepantasan melengkapkan tugasan serta skor yang diperolehi.







Melukis lingkaran geometrik melibatkan garis lurus dan poligon untuk menghasilkan karya seni. Poligon yang boleh digunakan termasuklah segi tiga, segirmpat sama, heksagon dan oktagon. Oleh kerana masa adalah terhad, aktiviti hari berkenaan hanya menggunakan segi empat sama. 









Peta rahsia dalam stesen 3 ialah aktiviti yang mencabar 4 kemahiran asas murid (campur, tolak, darab dan bahagi) serta memperkenalkan grid, koordinat dan translasi  dalam pembelajaran matematik. 





   




















Sunday 14 April 2013

PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 3 TAHUN 2013

        SMK Senawang 3 menganjurkan perkampungan ilmu tiga hari dua malam yang berlangsung di D'Ark, Taman Sri Kasih Senawang. Perkampungan ilmu berlangsung dari 12.4.2013 hingga 14.4.2013. Guru-guru yang pakar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup dijemput untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam teknik menjawab soalan PMR. 

           Untuk mata pelajaran matematik, semua pelajar telah bersedia dengan membawa buku kertas peperiksaan tahun-tahun lepas matematik. Mereka juga telah membawa bersama jangka lukis dan jangka sudut. Pelajar-pelajar turut menjerit slogan 'SEMANGAT PMR' semasa berlepas ke D'Ark. Semoga pelajar-pelajar berjaya memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk menghadapi PMR pada bulan Oktober nanti.        

 

 

Friday 12 April 2013

MATH JOKES 
        



Thursday 11 April 2013

PENGURUSAN BUKU LATIHAN MATEMATIK

Practice makes perfect. Ungkapan ini memang benar untuk pembelajaran matematik. Setelah belajar konsep-konsep dan langkah-langkah menyelesaikan masalah dalam kelas, pelajar harus membuat banyak latihan unruk mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.

Pada kebiasaannya, setiap pelajar akan menggunakan 3 atau 4 buah latihan untuk matematik. Pengurusan buku latihan yang sistematik sangat penting supaya pelajar dapat membuat latihan tepat pada masanya dan guru dapat mengesan kelemahan pelajar melalui jawapan kepada latihan yang dihasilkan.

Kod buku latihan


Sekiranya pelajar menggunakan 4 buah buku latihan, buku-buku itu boleh dilabelkan A, B, C dan D. Setiap pelajar juga akan diperuntukan satu nombor. Sekirannya Ahmad ialah pelajar pertama dalam senarai kelas, maka kod pada buku-buku latihan Ahmad ialah masing-masing A1, B1, C1 dan D1. Buku latihan pelajar yang berikutnya ialah A2, B2, C2 dan D2. Kod ini boleh dituliskan pada mana-mana penjuru setiap buku latihan.





Kod warna dan kod siri buku latihan




Sekiranya seseorang guru mengajar lebih daripada satu
kelas pada sesuatu tingkatan, pengenalan buku boleh mengelirukan apabila pelajar tidak menghantar buku atau mengambil balik buku pada masa yang berbeza. Keadaan ini dapat diatasi dengan meletakkan warna mengikut kelas dan meletakkan tanda I(buku A), II(buku B), III(buku C), dan IIII(buku D ) seperti yang ditunjukkan dalam rajah disebelah. Guru hanya perlu merujuk kepada warna dan label siri untuk mengenalpasti buku-buku. Ini sangat berguna apabila beberapa jenis buku latihan dikutip pada sesuatu masa.



Tuesday 9 April 2013

MENJELAJAH ALGEBRA

Algebra ialah salah satu cabang yang penting dalam matematik menengah rendah. Penguasaan algebra menengah rendah sangat penting dan berguna sekiranya seorang pelajar ingin belajar Matematik Tambahan apabila naik ke menengah atas iaitu semasa dalam Tingkatan 4 dan 5.  Banyak soalan algebra dimuatkan dalam kertas soalan matematik PMR pada tahun-tahun lepas. Pelajar Tingkatan 3 yang ingin dapat keputusan cemerlang dalam matematik semasa peperiksaan PMR mestilah berusaha menguasai bab ini.

Pelajar Tingkatan 3 harus menguasai perkara-perkara berikut:

  1. Tahu perbezaan antara ungkapan(expression) dan persamaan (equation) algebra. Anda boleh meringkaskan sesuatu ungkapan sekiranya ia mempunyai sebutan-sebutan sepunya (like terms). Apabila anda diberi satu persamaan algebra, anda boleh mencari nilai bagi anu dalam persamaan  dengan menyelesaikan persamaan. Dalam kata lain, kita permudahkan sesuatu ungkapan tetapi selesaikan sesuatu persamaan. Sila lihat contoh-contoh berikut:   
    • ungkapan 2(n + 5) - 3 boleh dipermudahkan kepada 2n + 7.
    • apabila persamaan x + 3 = 12 diselesaikan, nilai bagi anu (iaitu x) ialah 9
    •  

  2. Tahu perbezaan antara kembangkan (expansion) dan faktorkan (factorisation) ungkapan algebra. Proses kembangkan(expansion) adalah sama dengan proses permudahkan. Selain daripada proses permudahkan ungkapan yang mempunyai satu kurungan seperti yang dibincangkan diatas, anda juga mesti menguasai proses 'kembangkan' yang melibatkan dua kurungan.
    • Anda boleh permudahkan 2g(5 - k)? 
    • Anda boleh permudahkan (h - 5)(3h + 2)? 
         Tahukah anda bahawa pemfaktoran ialah proses terbalik kepada proses kembangkan?
         Secara ringkasnya, pelajar Tingkatan 3 mesti boleh mengenali 4 jenis pemfaktoran.
    • mencari faktor sepunya. Contohnya pemfaktoran 2y + 6  akan menghasilkan    2(y + 3)
    • pemfaktoran yang melibatkan beza antara dua kuasa dua. Contohnya pemfaktoran     x2- 3akan menghasilkan (x + 3) (x - 3). Tonton video ini untuk keterangkan lanjut. https://www.youtube.com/watch?v=_qyVzH3e1dY
    • pemfaktoran yang melibatkan tiga ungkapan. Contohnya   x2+ 6 x + 9 akan menghasilkan (x + 3) (x + 3)
    • pemfaktoran yang melibaktan 4 sebutan.

      Selamat menjelajah algebra.