Sunday 25 August 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 

       Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan tidak lagi mengadakan Peperiksaan Percubaan PMR bersama mulai tahun 2013. Setiap sekolah akan menentukan tarikh pepeperiksaan percubaan yang sendiri dan menggunakan soalan yang disediakan oleh guru sekolah masing-masing. 

       Murid-murid Tingkatan 3 SMK Senawang 3 menduduki peperiksaan percubaan PMR dari 21.8.2013 hingga 27.8.2013. Oleh kerana sekolah ini hanya mempunyai sesi petang, maka peperiksaan percubaan PMR juga diadakan di sebelah petang. 

       Format kertas peperiksaan percubaan matematik adalah seperti peperiksaan PMR. Kertas 1 adalah terdiri daripada 40 soalan beraneka pilihan dan kertas 2 menawarkan 20 soalan berbentuk subjektif. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah Kertas 1 menyumbangkan 40% daripada jumlah markah keseluruhan manakala selebihnya adalah dari Kertas 2. Ini bermakna setiap soalan dalam kertas 1 membekalkan SATU markah jika dijawab dengan betul. Soalan-soalan dalam kertas 2 menawarkan 2 hingga 5 markah jika dijawab dengan betul.

 

 


       Murid-murid akan mengetahui kelemahan masing-masing selepas mendapat kembali skrip jawapan yang telah disemak oleh guru. Jangan putus asa jika melakukan kesilapan semasa menjawab soalan-soalan. Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan PMR yang sebenar yang akan bermula pada 2.10.2013.   

No comments:

Post a Comment