Thursday 11 April 2013

PENGURUSAN BUKU LATIHAN MATEMATIK

Practice makes perfect. Ungkapan ini memang benar untuk pembelajaran matematik. Setelah belajar konsep-konsep dan langkah-langkah menyelesaikan masalah dalam kelas, pelajar harus membuat banyak latihan unruk mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.

Pada kebiasaannya, setiap pelajar akan menggunakan 3 atau 4 buah latihan untuk matematik. Pengurusan buku latihan yang sistematik sangat penting supaya pelajar dapat membuat latihan tepat pada masanya dan guru dapat mengesan kelemahan pelajar melalui jawapan kepada latihan yang dihasilkan.

Kod buku latihan


Sekiranya pelajar menggunakan 4 buah buku latihan, buku-buku itu boleh dilabelkan A, B, C dan D. Setiap pelajar juga akan diperuntukan satu nombor. Sekirannya Ahmad ialah pelajar pertama dalam senarai kelas, maka kod pada buku-buku latihan Ahmad ialah masing-masing A1, B1, C1 dan D1. Buku latihan pelajar yang berikutnya ialah A2, B2, C2 dan D2. Kod ini boleh dituliskan pada mana-mana penjuru setiap buku latihan.





Kod warna dan kod siri buku latihan




Sekiranya seseorang guru mengajar lebih daripada satu
kelas pada sesuatu tingkatan, pengenalan buku boleh mengelirukan apabila pelajar tidak menghantar buku atau mengambil balik buku pada masa yang berbeza. Keadaan ini dapat diatasi dengan meletakkan warna mengikut kelas dan meletakkan tanda I(buku A), II(buku B), III(buku C), dan IIII(buku D ) seperti yang ditunjukkan dalam rajah disebelah. Guru hanya perlu merujuk kepada warna dan label siri untuk mengenalpasti buku-buku. Ini sangat berguna apabila beberapa jenis buku latihan dikutip pada sesuatu masa.



No comments:

Post a Comment