Tuesday 9 April 2013

MENJELAJAH ALGEBRA

Algebra ialah salah satu cabang yang penting dalam matematik menengah rendah. Penguasaan algebra menengah rendah sangat penting dan berguna sekiranya seorang pelajar ingin belajar Matematik Tambahan apabila naik ke menengah atas iaitu semasa dalam Tingkatan 4 dan 5.  Banyak soalan algebra dimuatkan dalam kertas soalan matematik PMR pada tahun-tahun lepas. Pelajar Tingkatan 3 yang ingin dapat keputusan cemerlang dalam matematik semasa peperiksaan PMR mestilah berusaha menguasai bab ini.

Pelajar Tingkatan 3 harus menguasai perkara-perkara berikut:

  1. Tahu perbezaan antara ungkapan(expression) dan persamaan (equation) algebra. Anda boleh meringkaskan sesuatu ungkapan sekiranya ia mempunyai sebutan-sebutan sepunya (like terms). Apabila anda diberi satu persamaan algebra, anda boleh mencari nilai bagi anu dalam persamaan  dengan menyelesaikan persamaan. Dalam kata lain, kita permudahkan sesuatu ungkapan tetapi selesaikan sesuatu persamaan. Sila lihat contoh-contoh berikut:   
    • ungkapan 2(n + 5) - 3 boleh dipermudahkan kepada 2n + 7.
    • apabila persamaan x + 3 = 12 diselesaikan, nilai bagi anu (iaitu x) ialah 9
    •  

  2. Tahu perbezaan antara kembangkan (expansion) dan faktorkan (factorisation) ungkapan algebra. Proses kembangkan(expansion) adalah sama dengan proses permudahkan. Selain daripada proses permudahkan ungkapan yang mempunyai satu kurungan seperti yang dibincangkan diatas, anda juga mesti menguasai proses 'kembangkan' yang melibatkan dua kurungan.
    • Anda boleh permudahkan 2g(5 - k)? 
    • Anda boleh permudahkan (h - 5)(3h + 2)? 
         Tahukah anda bahawa pemfaktoran ialah proses terbalik kepada proses kembangkan?
         Secara ringkasnya, pelajar Tingkatan 3 mesti boleh mengenali 4 jenis pemfaktoran.
    • mencari faktor sepunya. Contohnya pemfaktoran 2y + 6  akan menghasilkan    2(y + 3)
    • pemfaktoran yang melibatkan beza antara dua kuasa dua. Contohnya pemfaktoran     x2- 3akan menghasilkan (x + 3) (x - 3). Tonton video ini untuk keterangkan lanjut. https://www.youtube.com/watch?v=_qyVzH3e1dY
    • pemfaktoran yang melibatkan tiga ungkapan. Contohnya   x2+ 6 x + 9 akan menghasilkan (x + 3) (x + 3)
    • pemfaktoran yang melibaktan 4 sebutan.

      Selamat menjelajah algebra.         



No comments:

Post a Comment