Saturday 17 March 2012

Tuisyen BINTANG dan tuisyen pengurusan


Tuisyen BINTANG tahun 2012 yang diadakan khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah bermula pada 10 Mac 2012. Tuisyen BINTANG diadakan pada setiap hari Sabtu. Sebanyak 4 subjek terlibat setiap kali tuisyen ini diadakan. Tuisyen kali pertama untuk Matematik telah diadakan pada 10.3.2012.

Tujuan tuisyen matematik ialah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terhadap isi kandungan matematik yang diberi tumpuan dalam peperiksaan PMR. Sesi perbincangan dan pengajaran akan diadakan dan diikuti dengan latihan-latihan berbentuk objektif dan subjektif supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksan PMR tahun-tahun lepas. Diharapkan semua pelajar akan mengambil kesempatan ini untuk sama-sama belajar menghadapi peperiksaan PMR yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti.

Tuisyen pengurusan diadakan pada setiap cuti sekolah. Tuisyen disampaikan oleh pihak pengurusan, termasuklah ketua-ketua bidang. Tuisyen pengurusan bagi subjek matematik dalam cuti bulan Mac yang baru lepas telah diadakan pada 15.3.2012 (Khamis). Sesi pertama pada hari berkenaan dikhaskan untuk pelajar 3UM dan berlangsung dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Sesi kedua berlangsung dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dikhaskan untuk pelajar-pelajar 3UKM dan 3USM.

Syabas kepada pelajar-pelajar yang menghadiri kelas-kelas berkenaan. Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir, silalah buat perancangan supaya dapat hadir semua kelas yang bakal diadakan.

No comments:

Post a Comment