MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL MATEMATIK, SAINS DAN ICT TAHUN 2013
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan dalam perhimpunan rasmi sekolah pada hari Isnin bersamaan 2hb September 2013. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Senawang 3, Tuan Hj Hamidon bin Hj Khalid.
Sebanyak enam aktiviti telah dipertandingkan dalam karnival berkenaan. Satu hadiah ditawarkan kepada penyertaan terbaik bagi setiap stesen.
 |
Kumpulan 6 memenangi aktiviti stesen 1 (permainan atas talian). Nooramy
Natasha dari kelas 1UM menerima hadiah bagi Kumpulan 6. |
 |
Stesen 2 (melukis lingkaran geometri)telah dimenangi oleh Kumpulan 4. Muhammad
Zairy dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 4. |
 |
Kumpulan 2 memenangi aktiviti stesen 3 (peta rahsia). Janatul
Naim b Mohd Noor dari kelas 2UIAM menerima hadiah bagi Kumpulan 2. |
 |
Kumpulan 1 memenangi aktiviti stesen 4 (membina bateri ringkas). Afiq
Luqman dari kelas 2UIAM menerima hadiah bagi Kumpulan 1. |
 |
Kumpulan 3 memenangi aktiviti stesen 5 (kuiz sains). Wan
Amira Husna bt Hamid dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 3. |
 |
Kumpulan 4 memenangi aktiviti stesen 6 (aktiviti ketumpatan). Muhammad Zairy dari kelas 1USM menerima hadiah bagi Kumpulan 4. |