Sunday 14 April 2013

PERKAMPUNGAN ILMU TINGKATAN 3 TAHUN 2013

        SMK Senawang 3 menganjurkan perkampungan ilmu tiga hari dua malam yang berlangsung di D'Ark, Taman Sri Kasih Senawang. Perkampungan ilmu berlangsung dari 12.4.2013 hingga 14.4.2013. Guru-guru yang pakar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup dijemput untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam teknik menjawab soalan PMR. 

           Untuk mata pelajaran matematik, semua pelajar telah bersedia dengan membawa buku kertas peperiksaan tahun-tahun lepas matematik. Mereka juga telah membawa bersama jangka lukis dan jangka sudut. Pelajar-pelajar turut menjerit slogan 'SEMANGAT PMR' semasa berlepas ke D'Ark. Semoga pelajar-pelajar berjaya memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berguna untuk menghadapi PMR pada bulan Oktober nanti.        

 

 

Friday 12 April 2013

MATH JOKES 
        



Thursday 11 April 2013

PENGURUSAN BUKU LATIHAN MATEMATIK

Practice makes perfect. Ungkapan ini memang benar untuk pembelajaran matematik. Setelah belajar konsep-konsep dan langkah-langkah menyelesaikan masalah dalam kelas, pelajar harus membuat banyak latihan unruk mengukuhkan kemahiran yang telah dipelajari.

Pada kebiasaannya, setiap pelajar akan menggunakan 3 atau 4 buah latihan untuk matematik. Pengurusan buku latihan yang sistematik sangat penting supaya pelajar dapat membuat latihan tepat pada masanya dan guru dapat mengesan kelemahan pelajar melalui jawapan kepada latihan yang dihasilkan.

Kod buku latihan


Sekiranya pelajar menggunakan 4 buah buku latihan, buku-buku itu boleh dilabelkan A, B, C dan D. Setiap pelajar juga akan diperuntukan satu nombor. Sekirannya Ahmad ialah pelajar pertama dalam senarai kelas, maka kod pada buku-buku latihan Ahmad ialah masing-masing A1, B1, C1 dan D1. Buku latihan pelajar yang berikutnya ialah A2, B2, C2 dan D2. Kod ini boleh dituliskan pada mana-mana penjuru setiap buku latihan.





Kod warna dan kod siri buku latihan




Sekiranya seseorang guru mengajar lebih daripada satu
kelas pada sesuatu tingkatan, pengenalan buku boleh mengelirukan apabila pelajar tidak menghantar buku atau mengambil balik buku pada masa yang berbeza. Keadaan ini dapat diatasi dengan meletakkan warna mengikut kelas dan meletakkan tanda I(buku A), II(buku B), III(buku C), dan IIII(buku D ) seperti yang ditunjukkan dalam rajah disebelah. Guru hanya perlu merujuk kepada warna dan label siri untuk mengenalpasti buku-buku. Ini sangat berguna apabila beberapa jenis buku latihan dikutip pada sesuatu masa.



Tuesday 9 April 2013

MENJELAJAH ALGEBRA

Algebra ialah salah satu cabang yang penting dalam matematik menengah rendah. Penguasaan algebra menengah rendah sangat penting dan berguna sekiranya seorang pelajar ingin belajar Matematik Tambahan apabila naik ke menengah atas iaitu semasa dalam Tingkatan 4 dan 5.  Banyak soalan algebra dimuatkan dalam kertas soalan matematik PMR pada tahun-tahun lepas. Pelajar Tingkatan 3 yang ingin dapat keputusan cemerlang dalam matematik semasa peperiksaan PMR mestilah berusaha menguasai bab ini.

Pelajar Tingkatan 3 harus menguasai perkara-perkara berikut:

  1. Tahu perbezaan antara ungkapan(expression) dan persamaan (equation) algebra. Anda boleh meringkaskan sesuatu ungkapan sekiranya ia mempunyai sebutan-sebutan sepunya (like terms). Apabila anda diberi satu persamaan algebra, anda boleh mencari nilai bagi anu dalam persamaan  dengan menyelesaikan persamaan. Dalam kata lain, kita permudahkan sesuatu ungkapan tetapi selesaikan sesuatu persamaan. Sila lihat contoh-contoh berikut:   
    • ungkapan 2(n + 5) - 3 boleh dipermudahkan kepada 2n + 7.
    • apabila persamaan x + 3 = 12 diselesaikan, nilai bagi anu (iaitu x) ialah 9
    •  

  2. Tahu perbezaan antara kembangkan (expansion) dan faktorkan (factorisation) ungkapan algebra. Proses kembangkan(expansion) adalah sama dengan proses permudahkan. Selain daripada proses permudahkan ungkapan yang mempunyai satu kurungan seperti yang dibincangkan diatas, anda juga mesti menguasai proses 'kembangkan' yang melibatkan dua kurungan.
    • Anda boleh permudahkan 2g(5 - k)? 
    • Anda boleh permudahkan (h - 5)(3h + 2)? 
         Tahukah anda bahawa pemfaktoran ialah proses terbalik kepada proses kembangkan?
         Secara ringkasnya, pelajar Tingkatan 3 mesti boleh mengenali 4 jenis pemfaktoran.
    • mencari faktor sepunya. Contohnya pemfaktoran 2y + 6  akan menghasilkan    2(y + 3)
    • pemfaktoran yang melibatkan beza antara dua kuasa dua. Contohnya pemfaktoran     x2- 3akan menghasilkan (x + 3) (x - 3). Tonton video ini untuk keterangkan lanjut. https://www.youtube.com/watch?v=_qyVzH3e1dY
    • pemfaktoran yang melibatkan tiga ungkapan. Contohnya   x2+ 6 x + 9 akan menghasilkan (x + 3) (x + 3)
    • pemfaktoran yang melibaktan 4 sebutan.

      Selamat menjelajah algebra.